PENYOKONG Croatia membanjiri Stadium Luzhniki, Moscow ketika aksi separuh akhir antara Croatia dan england pada 11 Julai lalu. - AFP MOSCOW 14 Julai - Badan bola sepak antarabangsa, FIFA berkata, mereka mencatat rekod kedatangan penonton hampir sempurna dalam Piala Dunia 2018. Pada permulaan peringkat kumpulan, dilaporkan banyak kerusi kosong melibatkan perlawanan kurang berprofil, sekali gus meningkatkan kebimbangan demam Piala Dunia tidak dirasai di Rusia. Bagaimanapun menurut Ketua Pegawai Pertandingan FIFA, Colin Smith, Rusia mencatat jumlah kedatangan 98 peratus dalam 61 perlawanan setakat ini, lapor agensi berita negara itu, Interfax. “Kedatangan adalah 98 peratus, semua stadium penuh dan ia berterusan sehingga penghujung kejohanan. “Majoriti yang datang adalah peminat Rusia. Sudah tentu, ada penonton luar negara turut hadir, peminat dari Amerika Syarikat, Jerman dan Brazil adalah yang paling ramai,” kata Smith. Dianggarkan, setengah juta penyokong bo...