Skip to main content

Impak generasi emas Belgium

SKUAD Belgium ke Piala Dunia 2018 boleh dianggap sebagai generasi

SKUAD Belgium ke Piala Dunia 2018 boleh dianggap sebagai generasi emas negara tersebut, namun pasukan berkenaan masih gagal melangkah ke final selepas tewas 0-1 kepada Perancis Rabu lalu.
SAINT PETERSBURG – Selepas tewas kepada Perancis pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2018, pemain pertahanan Belgium, Vincent Kompany kekal positif terhadap masa depan pasukan negaranya dengan menegaskan skuad The Red Devils akan bangkit semula.
Pemain-pemain dalam pasukan bimbingan Roberto Martinez itu dilabelkan sebagai generasi emas negara berkenaan, namun mereka gagal melangkah ke pentas final di Rusia dan ia disifatkan sebagai terlepas peluang paling berharga.
“Kehadiran sesebuah generasi itu akan datang dan pergi. Masih akan ada peluang buat Belgium pada masa depan.
“Kami telah menjadikan pasukan negara ini menjadi lebih bercita-cita, percaya dengan kebolehan serta kemampuan diri dan saya fikir kami sudah melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan bola sepak Belgium,” kata Kompany.
Belgium bakal beraksi menentang England pada penentuan tempat ketiga dan keempat malam ini. Sekiranya mereka meraih kemenangan, ia bakal menjadi sejarah baharu buat skuad The Red Devils itu.

Comments