Skip to main content

Nilai trofi Piala Dunia melebihi segalanya

MODRIC (kiri) giat menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang

MODRIC (kiri) giat menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan Croatia menentang Perancis pada final Piala Dunia 2018 di Stadium Luzhniki, Moscow malam ini.
SAINT PETERSBURG - Luka Modric mendedahkan betapa pentingnya final malam ini buat dirinya dengan menjelaskan dia sanggup menukar empat trofi Liga Juara-Juara semata-mata mahu menjulang Piala Dunia.

Croatia berjaya layak ke pentas final selepas menewaskan Argentina, Nigeria, Iceland pada peringkat kumpulan disusuli Denmark dan Rusia pada pusingan 16 pasukan terbaik dan suku akhir sebelum menundukkan England 2-1 dalam perlawanan separuh akhir.
Croatia tidak berdepan laluan mudah untuk me­nempah perlawanan akhir bertemu Perancis tetapi pemain tengah Real Madrid yang sudah memenangi pelbagai trofi di Santiago Bernabeu mengakui, dia tidak rela terlepas peluang menjadi juara dunia bersama pasukan kebangsaan.
“Saya sanggup tukar semua empat trofi (Liga Juara-Juara) untuk ditukarkan kepada Piala Dunia.
“Tidak kira apa yang berlaku pada final, ia adalah kejayaan terbaik buat sukan bola sepak Croatia dan sudah pasti kami juga bersemangat untuk menjadi juara.
“Kami berkeyakinan penuh, kami memiliki karakter dan semangat berpasukan yang diperlukan untuk menjadi juara dunia,” katanya. – Agensi

Comments