Skip to main content

Aksi Kane tentukan nasib England

Jadi taruhan The Three Lions lakar kemenangan ke atas Croatia pada aksi separuh akhir
Piala Dunia 2018

KANE menjadi taruhan England untuk merobek gawang Croatia pada aksi separuh akhir di Stadium Luzhnik

KANE menjadi taruhan England untuk merobek gawang Croatia pada aksi separuh akhir di Stadium Luzhniki, Moscow awal pagi esok. MODRIC mampu membantu Croatia melakar kejutan ke atas England pada aksi kelompok empat pasukan terbaik Piala Dunia 2018 di Moscow esok.
ATAS kertas pasukan gergasi England berpeluang cerah untuk melangkah ke pentas final Piala Dunia 2018 apabila dijadualkan menentang Croatia pada aksi separuh akhir di Stadium Luzhniki, Moscow awal pagi esok.
Skuad The Three Lions bimbingan Gareth Southgate dalam misi mengulangi kejuaraan yang pernah mereka kecapi ketika menjadi tuan rumah temasya itu pada tahun 1966.
England yang menghuni ranking ke-12 dunia menagih kudrat kapten mereka, Harry Kane yang ketika ini mengungguli carta penjaring terbanyak dengan enam gol untuk merobek gawang pasukan lawan.
Kemaraan Croatia (ke-20 dunia) ke peringkat separuh akhir tidak boleh dipandang mudah kerana pasukan yang dikendalikan oleh Zlatko Dalic itu memiliki senjata sulit menerusi kepelbagaian taktikal yang mampu memerangkap England.
Kebijaksanaan kapten Luka Modric yang memiliki ketinggian 1.72 meter mengemudi jentera tengah mampu menjulang Croatia ke pentas final buat kali pertama selepas kejayaan mereka meraih tempat ketiga pada tahun 1998.
Apa pun kelebihan bakal berpihak kepada pasukan yang bijak menterjemahkan peluang di depan gawang dengan jaringan kerana rekod England dan Croatia dalam saingan peringkat kumpulan adalah seimbang.
Croatia menerajui Kumpulan D dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan menerusi tujuh jaringan dan satu bolos. England pula menghuni tangga kedua Kumpulan G dengan enam mata hasil dua kemenangan dan menghasilkan lapan jaringan serta tiga bolos.

Comments