Skip to main content

Final bersejarah Croatia

RAKITIC yakin rakan-rakan sepasukannya tidak menjadikan kelesuan

RAKITIC yakin rakan-rakan sepasukannya tidak menjadikan kelesuan sebagai alasan menjelang perlawanan bersejarah final Piala Dunia 2018 menentang Perancis di Stadium Luzhniki, Moscow malam ini.
SAINT PETERSBURG - Pemain tengah Croatia, Ivan Rakitic menegaskan masalah kelesuan tidak akan menjadi isu untuk aksi besar dalam kariernya meskipun sudah bermain tiga perlawanan yang diheret hingga masa tambahan sebelum layak ke pentas final Piala Dunia 2018 di Rusia.

Bintang Barcelona, Rakitic bakal membuat penampilan ke-71 malam ini menentang Perancis di Stadium Luzhniki, Moscow selepas memenangi La Liga dan Piala Raja Sepanyol bersama The Catalans.
Kini, Rakitic mahu memburu kejuaraan bersama pasukan kebangsaan tetapi pada masa sama, dia menye­dari ia bukan mudah buat Croatia menundukkan Pe­rancis yang tampil sebagai pasukan pilihan.
“Saya percaya kami akan mendapatkan kembali tenaga selepas berehat. Jadi, tidak perlu dirisaukan.
“Ini adalah perlawanan cukup bersejarah buat kami dan untuk semua rakyat Croatia. Saya percaya terdapat 4.5 juta ‘pemain’ akan berada di atas padang esok (hari ini).
“Kami akan membawa tanggungjawab itu, kami akan mendapatkan kembali tenaga kami kerana kami sedar ini adalah perlawanan cukup besar dalam sejarah hidup kami.
“Kami mahu meninggalkan padang dengan watak sang juara dan sudah pasti kami memerlukan sedikit tuah untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.- AFP

Comments