Skip to main content

Kekalahan 1998 akan jadi motivasi

PERISIC mahu rakan-rakan sepasukan menjadikan kekalahan Croatia

PERISIC mahu rakan-rakan sepasukan menjadikan kekalahan Croatia pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1998 sebagai motivasi menjelang pertemuan menentang Perancis di Stadium Luzhniki malam esok.
SAINT PETERSBURG – Penyerang Croatia, Ivan Perisic menegaskan, mereka akan menjadikan kekalahan pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1998 sebagai motivasi apabila berdepan Perancis dalam perlawanan final di Stadium Luzhniki, Moscow malam esok.
Croatia layak ke pentas final selepas menumbangkan England 2-1 pada peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018.
Bagaimanapun, Croatia terpaksa bermandi peluh selepas ketinggalan gol awal hasil sepakan percuma Kieran Trippier sebelum Perisic menyamakan kedudukan.
Mario Mandzukic melengkapkan mimpi indah Croatia apabila meledak gol kemenangan dalam masa tambahan sekali gus menyaksikan skuad kendalian Zlatko Dalic layak ke pentas final julung-julung kali dan akan bertemu skuad Les Bleus yang berjaya menewaskan Belgium 1-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.
Croatia akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan untuk aksi final tersebut, namun Perisic memberitahu, Perancis pernah menyingkirkan pasukannya pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1998.
“Sudah pasti kekalahan itu sedikit sebanyak akan memberikan kami motivasi untuk bertemu mereka nanti.
“Mereka adalah pasukan pilihan tetapi sudah pasti kami akan melakukan yang terbaik untuk mengejutkan Perancis.
“Kami memiliki tiga hari persiapan dan impian kami (menjuarai Piala Dunia) semakin hampir,” jelas Perisic. – Agensi

Comments