Skip to main content

Croatia waspada ancaman Kane


DALIC (kiri) berharap Lovren mampu mengekalkan momentum terbaik
DALIC (kiri) berharap Lovren mampu mengekalkan momentum terbaik untuk menyekat pergerakan Kane menjelang aksi separuh akhir menentang England awal pagi Khamis ini.
LUZHNIKI – Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic mengharapkan ­bari­san pertahanannya dapat me­ngulangi aksi cemerlang menyekat kemaraan Lionel Messi dan Christian Eriksen sebelum ini bagi mematahkan asakan Harry Kane ketika bertemu England pada aksi separuh akhir awal pagi Khamis ini.


Kane kini mempunyai kele­bihan dua gol berban­ding pencabar terdekat untuk merebut Anugerah Kasut Emas.
Kapten The Three ­Lions tersebut berjaya membawa England mengulangi kejayaan mara ke pe­ringkat yang sama seperti kempen Piala Dunia 1990.
Bagaimanapun, Dalic tetap menaruh harapan yang tinggi buat barisan pertahanannya untuk mengulangi aksi terbaik mereka supaya ia dapat memberikan masalah buat Kane untuk mencipta gol ketika beraksi pada pusi­ngan separuh akhir.
“Tidak dinafikan ia sememangnya sukar kerana Kane merupakan pemain terbaik untuk England, tambahan dia turut digandingkan bersama Raheem Sterling.
“Namun saya percaya, Dejan Lovren dan Domagoj Vida yang berada di barisan pertahanan Croatia tahu bagaimana hendak mengekang asakan pemain tersebut.
“Mereka telah melakukan tugas yang baik sebelum ini ketika berdepan Messi serta Eriksen dan sudah pasti mereka akan melakukan perkara yang sama terhadap Kane,” kata Dalic.
Pencapaian England berada dalam kelompok empat terbaik bermula pada pe­ringkat kumpulan yang mana mereka turut berdepan Tunisia dan Panama sebelum bertemu Colombia dan Sweden dalam pusingan kalah mati.
“Saya merasakan ia bukanlah laluan yang mudah untuk mereka berada pada tahap sekarang walaupun mereka kelihatan seperti menang mudah dalam aksi sebelum ini.
“Ia berikutan mereka mempunyai pemain muda yang sangat berbakat dan kami perlu berjaga-jaga de­ngan situasi bola mati ke­rana mereka cukup berbahaya,” ujarnya. – Agensi

Comments