Skip to main content

'Saya hanya peduli julang Piala Dunia'

GRIEZMANN tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menjulang

GRIEZMANN tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menjulang Piala Dunia 2018 apabila Perancis menentang Croatia pada aksi final di Stadium Luzhniki, Moscow malam ini.
LUZHNIKI - Penyerang Perancis, Antoine Griezmann berjanji untuk mencurahkan segala-galanya di atas padang bagi membantu skuad Les Bleus meraih trofi Piala Dunia 2018 menjelang aksi final menentang Croatia di Stadium Luzhniki, Moscow malam ini.
Menurut pemain Atletico Madrid itu, dia sanggup untuk mengetepikan peranannya sebagai penjaring gol asalkan Perancis boleh memenangi perlawanan tersebut.
Jelasnya, anugerah Ballon d’Or sudah tidak berada dalam kepalanya kerana dia le­bih peduli untuk menjulang Piala Dunia berbanding anugerah pemain terbaik dunia berkenaan.
“Ini merupakan peluang keemasan untuk meraih trofi Piala Dunia. Saya sudah tidak kisah lagi tentang Ballon d’Or asalkan Perancis menjadi juara. Bagi merealisasikan matlamat itu, saya akan memberikan segala-galanya di atas padang.
“Saya juga akan membantu rakan-rakan sepasukan menjaringkan gol kerana berdasarkan pemerhatian, jika saya menjaringkan banyak gol, kami mungkin akan tewas. Saya lebih rela menjadi pembantu pasukan di bahagian tengah.
“Skuad Perancis sudah faham corak permainan yang diterapkan. Kami perlu beraksi sebagai satu pasukan dan elak sikap tamak yang akan mensia-siakan peluang menjaringkan gol,” katanya.
Sebagai rekod, Perancis mencatatkan lima kemenangan sepanjang pertemuan dengan Croatia termasuk menang 2-1 pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1998. – Agensi

Comments