Skip to main content

Doha izin LGBT saksi Piala Dunia 2022



DOHA: Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar sudah memberi bayangan jelas membenarkan penyokong kalangan LGBT menyaksikan perlawanan meskipun kerajaan negara itu tegas menentang hubungan songsang homoseks.
Perkembangan itu disambut baik kumpulan penganjur yang berkunjung ke Britain baru-baru ini untuk menemui kumpulan penyokong Liverpool termasuk dari kalangan LGBT untuk memaklumkan ‘keizinan’ dari Doha itu.
Pengasas Kelab Penyokong LGBT Liverpool - yang dipanggil Kop Outs, Paul Amann,  bercadang menganjurkan rombongan ke Doha untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia yang bermula November 2022.
"Saya sangat puas hati tuan rumah memberi layanan dan menyambut kedatangan semua golongan.
“Tapi saya tak pasti sama ada bendera pelangi (lambang kaum gay) diterima atau tidak di negara itu, mungkin di stadium boleh.”
Amman berkata, sikap ‘paranoia tidak perlu diperbesarkan kerana orang ramai tidak perlu mencampuri urusan peribadi seseorang.’ – AFP

Comments