Skip to main content

Belgium kekal pasukan terbaik tahunan


BELGIUM dinobatkan Pasukan Terbaik Tahunan FIFA untuk kali kedua berturut-turut selepas mengekalkan kedudukan teratas mengatasi juara dunia, Perancis menerusi senarai ranking dunia terkini dikeluarkan hari ini, menurut badan induk bola sepak itu.
Belgium yang menduduki tangga ketiga pada Piala Dunia di Russia tahun lalu menang kesemua 10 perlawanan kompetitif mereka pada 2019.
England melonjak satu anak tangga ke kedudukan keempat di belakang Brazil manakala Uruguay kelima.
Argentina (ke-9) dan Colombia (ke-10) tersenarai dalam kelompok 10 teratas tahun ini menggantikan Switzerland (ke-12) dan Denmark (ke-16).
Qatar yang menjadi penganjur Piala Dunia 2022 muncul pasukan paling tinggi melonjak selepas menjuarai Piala Asia AFC dengan meningkat 38 anak tangga ke ranking 55 apabila meraih 138 mata.
Algeria (ke-35) melonjak 32 anak tangga manakala Jepun (ke-28) melompat 22 anak tangga tahun ini. - Reuters

Comments