Skip to main content

Croatia jumpa England di separuh akhir

PERTAHANAN Croatia Domagoj Vida (bawah, dua dari kiri) meraikan

PERTAHANAN Croatia Domagoj Vida (bawah, dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika berdepan Rusia dalam lertemuan suku akhir Piala Dunia di Stadium Fisht, Sochi hari ini.- AF

SOCHI 8 Julai - Ivan Rakitic menjaringkan gol kemenangan untuk Croatia menumpaskan Rusia 4-3 menerusi sepakan penalti penentuan susulan keputusan dramatik seri 2-2, sekali gus menoktahkan perjalanan tuan rumah itu di Piala Dunia dan bakal berdepan England pasa aksi separuh akhir.
Pemain kelahiran Brazil, Mario Fernandes telah menghidupkan impian Rusia kembali selepas menanduk masuk untuk tuan rumah pada minit ke-115 bagi menyamakan kedudukan sebelum mengheret Croatia ke sepakan penentuan tersebut, bagaimanapun dia dan Fedor Smolov masing-masing gagal menyempurnakan tendangan penalti itu di Stadium Fisht, Sochi.
Croatia, yang meraih dua gol menerusi Andrej Kramaric dan Domagoj Vida, masing-masing pada minit ke-39 dan 100 menempah tiket ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1998.
Mereka akan berdepan England, yang telah menundukkan Sweden 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Luzhniki, Moscow.
Terdahulu Rusia membuka jaringan menerusi tendangan kencang Denis Cheryshev pada minit ke-31.- AFP

Comments