Skip to main content

Jepun temani Colombia ke pusingan kedua

PENJAGA gol Jepun, Eiji Kawashima (kanan) mendukung bayi daripada
PENJAGA gol Jepun, Eiji Kawashima (kanan) mendukung bayi daripada tempat duduk penyokong selepas tamat perlawanan menentang Poland di Volgograd Arena bagi meraikan kejayaan pasukannya melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2018. - AFP
VOLGOGRAD 29 Jun - Rekod bersih Jepun berbanding Senegal membolehkan pasukan dari Asia itu melangkah ke saingan kalah mati bersama Colombia biarpun Samurai Blue tewas 1-0 kepada Poland dalam aksi terakhir Kumpulan H di Volgograd Arena, sebentar tadi.
Ketika ini Senegal yang tewas 1-0 kepada Colombia di Samara Arena dan Jepun berkongsi mata serta jaringan namun penentuan untuk muncul sebagai naib juara Kumpulan H ditentukan menerusi bilangan kad kuning paling sedikit diperoleh sepanjang kempen pusingan awal.
Sepanjang tiga perlawanan Kumpulan H, Jepun telah mengumpul empat kad kuning berbanding Senegal enam sekali gus membolehkan pasukan dari Asia itu melangkah ke saingan kalah mati bersama pendahulu kumpulan, Colombia.
Dalam perlawanan tersebut gol tunggal Poland dijaringkan oleh Jan Bednarek pada minit ke-59 manakala jaringan Colombia ketika menewaskan Senegal diperoleh menerusi Yerry Mina pada minit ke-74.
Dalam aksi 16 akhir, Colombia akan berdepan naib juara Kumpulan G iaitu sama ada England atau Belgium begitu juga Jepun yang akan menentang juara kumpulan tersebut melibatkan salah satu daripada dua pasukan berkenaan. - AGENSI

Comments