PEMAIN Croatia, Danijel Subasic (kiri) dan Luka Modric sedang menyanyikan lagu kebangsaan mereka sebelum sepak mula menentang Nigeria dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia di Stadium Kaliningrad di Rusia hari ini.- REUTERS
KALININGRAD, Rusia 17 Jun - Gol sendiri dan penalti memberikan permulaan yang selesa untuk Croatia di Piala Dunia apabila menundukkan Nigeria 2-0 dalam pertembungan Kumpulan D di Stadium Kaliningrad sebentar tadi.
Tandukan terbang daripada Mario Mandzukic menyebabkan bola tertampan ke pemain tengah Nigeria Oghenekaro Etebo sebelum ia menerjah masuk ke gawang gol sendiri pada minit ke-32, sekali gus membolehkan Croatia di depan pada babak pertama.
Luka Modric kemudian menggandakan jaringan Croatia menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 susulan pertahanan Nigeria William Troost-Ekong mengasari Mandzukic.
Kemenangan tersebut membolehkan Croatia berada di kedudukan teratas Kumpulan D selepas Argentina dan Iceland sekadar seri 1-1 dalam satu lagi aksi di Moscow, semalam.- REUTERS
Comments
Post a Comment