WIRA Jepun, Keisuke Honda (kanan) menjaringkan gol penyamaan sekali gus mengikat Senegal 2-2 dalam aksi Kumpulan H, hari ini. - AFP
EKATERINBURG, Rusia 25 Jun - Keisuke Honda muncul penyelamat Jepun apabila meledak gol penyamaan ketika membantu pasukannya mengikat Senegal 2-2 dalam aksi kedua Kumpulan H Piala Dunia di Arena Ekaterinburg, sebentar tadi.
Skuad kendalian Aliou Cisse terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan penyerang Liverpool, Sadio Mane selepas Eiji Kawashima gagal mengeluarkan bola dengan baik.
Perlawanan tersebut berlangsung dengan seimbang dan Jepun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 hasil percubaan Takashi Inui selepas menerima hantaran daripada Yuto Nagatomo.
Senegal kembali berada di depan hasil jaringan Moussa Wague pada minit ke-71 berpunca daripada hantaran Mbaye Niang.
Ketika kemenangan seakan-akan berpihak kepada Senegal, bekas pemain AC Milan, Honda mencuri satu mata berharga apabila meledak gol penyamaan selang tujuh minit kemudian. - AGENSI
Comments
Post a Comment