Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

28 bintang bola sepak sertai kempen FIFA/WHO 'tumpaskan' COVID-19

WHO dan FIFA mengumumkan kerjasama memerangi COVID-19 dengan melancarkan kempen yang diwakili pemain bola sepak terkenal dunia. -Fifa.com GENEVA : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kerjasama memerangi COVID-19 dengan melancarkan kempen yang diwakili pemain bola sepak terkenal dunia. Kempen itu memberi penekanan kepada semua orang untuk mengikuti lima langkah utama menghentikan penyebaran penyakit ini. Kempen ini selari dengan panduan WHO yang memberi tumpuan kepada mencuci tangan, etika batuk, tidak menyentuh wajah, jarak fizikal, dan tinggal di rumah jika berasa tidak sihat. "FIFA dan presidennya Gianni Infantino terlibat secara aktif dalam menyampaikan mesej terhadap pandemik ini sejak awal lagi. "Melalui kempen atau pembiayaan, FIFA bertegas dalam isu COVID-19 dan saya gembira bahawa bola sepak dunia menyokong WHO untuk kempen ini," kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada pel...